PERJUMPAAN TERAKHIR

Assalamualaikum wbt,,,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat kami berjumpa lagi dalam proses menyiapkan projek Tamadun India. Dalam proses ini, banyak impak positif yang kami perolehi antaranya ialah kami dapat menguatkan ukhwah antara ahli kumpulan. Hubungan antara kami semakin rapat dengan ada projek ini kerana boleh dikatakan setiap hari kami akan bertemu untuk menyiapkan tugasan ini. Di sini kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustazah Mahfuzah selaku guru penasihat untuk projek kami ini kerana telah memberikan projek yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan disamping mengeratkan ukhwah sesama kami.



Seperti yang tertera pada tajuk 'post' kami, perjumpaan terakhir untuk minggu ke-13 ini diadakankan untuk mengedit blog sebelum di beri markah oleh ustazah. Banyak yang kami perolehi sepanjang sesi mengedit blog ini terutamanya bersabar. Sepanjang penghasilan blog dan padlet untuk Tamadun India ini, banyak halangan dan rintangan yang telah kami hadapi seperti kenderaan untuk berjumpa dengan responden, masalah Internet, kekangan masa dan "software" yang digunakan untuk membuat montaj.






Disamping mengedit video buat kali yang terakhir, kami juga meluangkan sedikit masa untuk membuat padlet yang bakal dibentangkan pada minggu ke-14. Padlet ini merangkumi beberapa aspek penting yang terdapat dalam blog ini. Padlet merupakan kesimpulan daripada projek yang telah kami jalankan dan padlet ini juga merupakan pembentangan bagi kos CTU551. Kami membuat sedikit kelainan dengan mengubah cara penyampaian  projek kami dalam bentuk video. Untuk maklumat lanjut boleh lah singgah sebentar di padlet kami :) ....

http://www.padlet.com/wall/dttbwbh26m57





JEFF OH JEFF

Assalamualaikum w.b.t .
        Alhamdulillah bertemu kembali kita di warkah kali ini. sebenarnya , tajuk pada kali ini tidaklah mengait lansung tentang apa yang telah ditugaskan oleh ustazah. tetapi melalui projek ini , kami dapat banyak kesan positif. JEFF merupakan nama kumpulan kami yang membawa maksud kepada nama kami sendiri iaitu J- JAMILAH , E-EDRIENA , F-FARINI dan F-FARHANA . Pada mulanya , kami tidak kenal dan tidak serapat sehinggalah kini wujud rasa kasih sayang yang sangat erat dalam diri kami . ukhwah kami semakin lama semakin kuat kerana hadirnya projek yang kami perlu laksanakan dan dengan izin-Nya. terima kasih sekali lagi ustazah atas projek dan segala tugas yang telah diberikan kepada kami sepanjang sem 1 ini. semoga Allah sahaja dapat membalas jasa baik ustazah. untuk pengetahuan semua, JEFF mengamalkan konsep kekeluargaan dalam persahabatan . kami menggunakan panggilan yang boleh merapatkan lagi persahabatan kami iaitu mak, yong, anyah dan adik. ini satu perkongsian kepada rakan-rakan, panggilan itu membawa pelbagai kesan dalam diri kita. samada positif atau negatif itu terpulang atas individu itu sendiri. dan kami harap persahabatan kami bukan lah hanya bernyawa sepanjang projek ini malah biarlah kekal hingga ke syurga firdaus, in sha Allah. semoga Allah redha akan persahabatan ini dan permudahkan segala urusan seharian kami. dan sebelum terlupa , terima kasih kepada JEFF kerana telah bekerjasama dalam menyelesaikan projek ini. tegang semasa menyiapkan projek ini itu adalah perkara yang biasa. Allah sayang kita itu sebab Dia hadirkan ketegangan dan pada masa yang sama alhamdulillah tegang itu akan berubah kendur apabila kita menyelesaikan masalah tersebut dengan penuh rasa sabar dan toleransi. saya wakil dari JEFF amatlah berbangga kerana Allah hadirkan mereka dalam hidup saya. mereka tidak berkira dalam melakukan kerja . mereka saling tolong-menolong dan mereka sangat berusaha untuk mendapatkan sesuatu. apapun kerjasama itu penting dalam setiap aspek . tiada nilai kerjasama, tiadalah hasil yang segempak ini. terima kasih sekali lagi ustazah dan rakan-rakan yang lain. saya akhiri coretan saya pada kali ini dengan memohon maaf atas segala salah silap jika ada yang terasa dengan coretan saya pada kali ini. yang baik itu datang daripada Allah s.w.t dan yang buruk itu datang daripada kelemahan diri saya sendiri.
assalamualaikum .









ISI HATI PROJEK KAMI

Assalamualaikum w.b.t .
Alhamdulillah Allah masih memberi peluang untuk mencoret sepatah dua kata pada hari ini. Syukur ke hadrat illahi kerana kita semua masih diberi peluang untuk menghirup udara yang segar ini. Selawat dan jujungan ke hadrat illahi. Apa khabar semua ? harap semua baik sahaja dalam terus mencari redha Allah s.w.t .

Pejam celik pejam celik , sekarang adalah minggu ke-13 dimana projek ini telah hampir siap dan akan dihantarkan kepada ustazah untuk diberi markah. Hari ini saya wakil daripada rakan kumpulan saya akan menceritakan atau berkongsi pengalaman tentang apa yang kami peroleh sepanjang menjalankan projek ini. Banyak manfaat yang kami dapat daripada projek ini . Antaranya ialah kami dapat pengalaman baru semasa menemu ramah orang india . Pada mulanya kami berasa kami tidak mampu untuk selesaikan projek ini kerana tajuk projek kami adalah tentang tamadun india dimana kami kena mencari aspek politik dan ekonomi. Kami tidak mempunyai idea untuk selesaikan projek ini kerana ia berkaitan dengan orang india .

Hari demi hari berlalu pergi. Suatu hari kami telah mendapat hidayah untuk meneruskan projek ini.  Kami jadikan ia sebagai cabaran dalam hidup kami . kami berusaha untuk mencari orang india tua untuk membuat temu ramah. Alhamdulillah pada akhirnya seorang daripada ahli kumpulan kami, Farhana , telah berjaya mencari orang india untuk ditemu ramahkan. Kerja kami semakin mudah untuk disiapkan.

Melalui temu ramah tersebut, kami  mendapat banyak pengalaman bukan sahaja berkaitan dengantugas  yang diberi.  Seperti yang kita tahu , ekonomi tamadun india pada zaman dahulu terkenal dengan aktiviti pertanian , perdagangan dan penternakan . Hasil temu ramah menceritakan aktiviti pertanian adalah aktiviti  yang paling pesat dijalankan . Hal ini kerana , masyarakat tamudun india menyara diri daripada aktiviti pertanian contohnya menuai padi, bercucuk tamadun menangkap ikan, memburu, dan sebagainya. Melalui temu ramah ini, kami sekumpulan tidak sangka bahawa pada zaman tamadun india juga mempunyai sawah padi. Sebelum ini kami menyangka bahawa tanaman sawah padi hanya terdapat dalam tamadun islam . ini adalah satu perkara baru yang kami dapat . Selain itu, pekerjaan wanita pada zaman itu juga membawa satu pengetahuan baru kepada kami walaupun itu adalah fakta yang lama telah berlaku . Wanita pada zaman itu merupakan suri rumah dan hamba kepada suami . mereka taat dan jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Perkara ini bukan sahaja dialami oleh orang islam malah orang india juga menghadapi perkara yang sama.


Selain itu, melalui projek ini juga , banyak nilai yang kami perolehi. Antaranya ialah berkasih sayang terhadap masyarakat , tolong menolong , keberjasama , bertanggungjawab dan sebagainya. nilai ini dapat kami terapkan dalam kehidupan seharian kami . Alhamulillah syukur terhadap illahi kerana kerja kami dipermudahkan lagi kerana salah seorang dari ahli kumpulan kami amat mahir dalam mengedit blog ini. beliau yang dimaksudkan adalah Jamilah atau lebih dikenali sebagai Mila. suatu hari , kami terfikir bahawa adakah sumber projek kami hanya melalui sumber temu ramah ? kami berusaha mencari muzium atau tempat tempat yang boleh bantu kami untuk mencari maklumat. tetapi malangnya tempat tempat tersebut jauh dari negeri selangor . hari sudah semakin suntuk. kerja semakin hari semakin bertimbun . dan akhirnya kami membuat  keputusan untuk mencari maklumat maklumat penting melalui sumber internet mahupun buku-buku journal terdahulu. 

kami juga telah membuat sedikit perkongsian ilmu dan pengalaman dari apa yang kami dapat sepanjang melaksanakan projek ini . Kami berempat membuat risalah dan usrah secara kecilan untuk berkongsi manfaat yang kami dapat dengan sebahagian kecil mahasiswi UiTM puncak alam ini. alhamdulillah dengan izin Allah , kami dapat menyiapkan 10 manfaat ini tanpa sebarang masalah . kami juga terharu atas pandangan atau komen yang kami dapat daripada rakan-rakan kami. mereka memberi pandangan yang positif atas hasil kerja kami. sekali kali syukur kehadrat illahi dengan limpah kurnianya kami semakin hampir siap dengan projek kami.

Setiap hari boleh dikatakan kami meluangkan masa walaupun sekejap untuk menjengah hasil kerja kami . kami menacap sedikit demi sedikit supaya kerja kami tidak tertangguh. tetapi ppada masa yang sama, kerja kami semakin banyak . minggu minggu terakhir ini kami diserang test yang berterusan dan assignment yang menggunung . tetapi alhamdulillah , Allah telah memberikan kekuatan kepada kami untuk menempuh semua dugaan ini. kami berjaya menyiapkan semua kerja sebelum tarikh akhirnya.  

Akhir kata dari kami, terima kasih ustazah atas projek yang diberikan . sesungaguhnya banyak manfaat yang kami dapat melalui projek tugasan ini. kami menyusun 10 jari jika ada salah dan silap . semoga hubungan persaudaraan kita kekal hingga ke jannah dan sentiasa mendapat keredhaan Allah . sekian. jika ada rezeki, bertemu lagi kita di warkah akan datang . assalamualaikum.


PENGARUH ISLAM DAN BARAT KE ATAS TAMADUN INDIA

         Assalamualaikum w.b.t. 
syukur kehadrat ilahi kerana dengan izinNya dapat kita berjumpa lagi di warkah kali ini. Disini kami ingin berkongsi tentang pengaruh barat dan pengaruh islam terhadap tamadun India. Kehidupan pada zaman tamadun India berubah selepas kehadiran Islam kerana banyak memperbetulkan cara hidup mereka. Pengaruh barat juga meninggalkan kesan positif kepada tamadun India.

PENGARUH ISLAM

Pada abad ke-7 Islam tiba di perairan Malabar,India. Islam tiba di utara India pada abad ke-12, Islam menjadi sebahagian daripada warisan keagamaan dan kebudayaan negara itu. Masyarakat luar yang masuk ke India selalunya dipengaruhi oleh budaya dan cara hidup masyarakat tempatan tetapi Islam membawa budaya dan agama dengan ciri-ciri tersendiri. Orang Islam berpegang teguh pada falsafah dan cara hidup mereka dan agama Hindu tidak berjaya menyerap Tamadun Islam secara keseluruhan walaupun berlaku pertembungan budaya. Banyak halangan bagi pergaulan bebas antara orang Turki Islam dengan orang Hindu disebabkan adat dan kepercayaan berbeza dan juga perkahwinan campur sehala. Penerimaan ciri-ciri Islam oleh masyarakat Hindu menjadi dorongan untuk mereka menentang beberapa amalan dalam masyarakat Hindu dan juga faktor kemiskinan. Manakala, tekanan sistem kasta juga membawa kepada pemelukan Islam secara meluas.Kasta-kasta tukang dan kasta-kasta bawahan tidak berpegang teguh pada Dharma Hindu serta benci akan penindasan, penghinaan dan kekejaman telah memeluk agama Islam. Dalam proses penukaran agama ini , seluruh keluarga, kasta ataupun sesuatu kampung secara keseluruhan memeluk agama Islam. Pemelukan agama Islam oleh kumpulan-kumpulan besar menyebabkan kekalnya beberapa ciri agama dan kebudayaan Hindu. Di sini kitab suci Al- Quran dan undang-undang Islam diajar.Islam di India mempunyai pengaruh kuat sufisme yang berasal dari Tanah Arab dan Parsi.

Pengaruh Islam ke Tamadun India juga boleh dilihat dari segi penterjemahan. Pemerintah Islam menaungi terjemahan karya-karya Hindu biasanya untuk motif kesarjanaan. Selain itu , muzik juga juga merupakan pengaruh Islam ke Tamadun India. Masyarakat Islam menerima nota asas muzik Hindu  serta melaraskan pelbagai penyesuaian bagi membentuk satu tradisi muzik yang baru.  Muzik memainkan peranan penting dalam menyatupadukan masyarakat India. Seni bina banyak menggabungkan ciri India dengan Parsi (Islam) sebelum zaman Moghul,termasuklah masjid Quwwat-Al-Islam, Qutb Minar dan masjid di Ajmer. Syah Jehan telah membina sebuah masjid Jamik berdekatan dengan kubu Delhi yang menampakkan pengaruh Parsi. Bangunan-bangunan perkuburan Akbar di Sikandar, Agra dan zaman Akbar terkenal dengan pembinaan kuil-kuil Hindu yang meminjam ciri-ciri seni bina Parsi. Pelan serta gaya bangunan Taj Mahal lebih kepada gaya seni bina Parsi.





PENGARUH BARAT

Portugal merupakan kuasa eropah pertama yang datang ke India kerana kedudukan geografi, politik, agamanya serta pedagang dan pelapor seperti Henry the Navogator. Tujuan utama mereka datang ke Afrika dan asia adalah untuk memperoleh rempah ratus dan menyebarkan agama kristian. Pada tahun 1998, Vasco dan Gama sampai ke Calcuta untuk berdagang dan menggunakan bahasa Portugis. Di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque, Portugis Berjaya menguasai Goa ( 1510 )dan menubuhkan sebuah empayar perdagangan di India serta di luar India untuk menyebarkan agama kristian. Portugis mengenakan tekanan kekuasaan ke atas rakyat India di tempat-tempat yabg ditaklukinya supaya memeluk agama kristan manakala agama Hindu dan Islam menentang Portugis. Belanda menubuhkan syarikat Hindia-Timur Belanda pada tahun 1602 untuk menguasai perdagangan  rempah dan akhinya menguasai Inggeris.
British kemudian beralih ke India. Belanda yang cuba mencari jalan perdagangan baharu menguasai pengeluaran rempah dan mengadakan monopoli dengan menguasai Sri Lanka, Pulicat, Masulipatam dan surat. Oleh sebab birokrasi dan kewangan yang lemah, Perancis mula menunjukkan minat untuk menubuhkan empayar pada pertengahan abad ke18 dan bersaing dengan Britsh. Selepas kemerdekaan India, Perancis secara sukarela menyerahkan kawasan pentadbiran kuasa mereka kepada India pada tahun 1954.  

SHARING IS CARING ...

Assalamualaikum wbt bertemu kita lagi dalam pautan kali ini.Di sini kami ingin berkongsi apa yang telah kami dapat melalui usrah kecilan yang kami adakan di kalangan para pelajar di UiTM Puncak Alam ini.Ini adalah risalah yang telah kami berikan kepada sahabat-sahabat kami. Risalah ini  kami buat adalah untuk berkongsi ilmu yang kami dapat kepada mereka. Kami ringkaskan apa yang kami perolehi di dalam risalah ini agar ianya menjadi lebih mudah dan lebih difahami.

















Ini adalah antara sahabat kami yang telah menerima kunjungan kami untuk berkongsi ilmu berkaitan dengan politik dan ekonomi Tamadun India.
Selain mengedarkan risalah,kami juga turut mengadakan usrah kecil-kecilan bersama sahabat-sahabat kami yang lain pula.









Untuk mengukuhkan pemahaman semua,kami juga ada selitkan dua video pandangan dari responden yang telah memberikan kerjasama yang baik.Mereka telah berkongsi pendapat dan pengetahuan mereka tentang perkongsian kami tadi. 








POLITIK TAMADUN INDIA

Assalamualaikum w.b.t.
 Hari ini kami akan berkongsi dengan rakan-rakan semua tentang kegiatan politik dalam tamadun india. Apa yang berbeza nya hari ini kami membincangkan isu ini dari sumber laman sesawang kerana tempoh hari kami berkongsi berdasarkan temu ramah.

India pada zaman tamadun awal mengamalkan sistem teokrasi. Setiap Negara kota diketuai oleh pendeta yang berkuasa mutlak. Tugas pemerintah ialah mengawal pembinaan, menetapkan piawai timbangan dan ukuran, mengawal system tulisan, bentuk bangunan dan pola jalan-jalan raya.

India memasuki zaman empayar ketika diperintah oleh Dinasti Maurya. Dinasti Maurya dan Gupta  merupakan dua buah pemerintahan yang terkenal dalam sejarah India purba. Dinasti Maurya ( 324SM- 185SM ) merupakan dinasti yang unik dan enpayar yang pertama di India. Dinasti ini di asaskan oleh Chandragupta Maurya pada tahun 322SM. Pusat pemerintahannya bertempat di Pataliputra. Dalam sejarah kerajaan Maurya terdapat 8 orang raja yang memerintah empayar itu. Ia bermula dengan Chandragupta Maurya ( 322- 289SM) dan berakhir dengan Brihadratha ( 191- 184SM). Walau bagaimanapun, raja yang paling masyur ialah Chandragupta Maurya dan Asoka.

Dinasti Maurya memberi sumbangan besar kepada India dalam menyatukan kawasan-kawasan yang berpecah-belah. Chandragupta Maurya telah menyatukan India Utara dan India Selatan melalui penaklukan. Antara kawasan yang berjaya ditaklukinya ialah Afghanistan, Pakistan dan kawasan Indus. Pengganti Chandragupta Maurya iaitu Binduasara telah Berjaya memasukkan Deccan ke dalam empayar Maurya. Asoka pula telah Berjaya menyatukan Kalinga di dalam empayar Mauryya. Ini merupakan proses pemusatan kuasa yang paling Berjaya dalam sejarah tamadun india. Empayar india   dibahagikan kepada beberapa wilayah yang dipimpim oleh wizurai. Asoka menjalankan reformasi dalam pentadbiran melalui ‘Dharma-Mahamatra’.





          
Chandragupta Maurya



                         




 EMPAYAR MAURYA


Empayar Maurya merupakan sebuah empayar yang cekap dan tersusun. Raja merupakan ketua pentadbir kerajaan. Raja juga merupakan ketua hakim, penasihat dan penggubal undang-undang dan juga ketua tertinggi angkatan tentera dan kuasa raja tidak terhad. Beliau melantik penasihat-penasihat untuk dijadikan pembantu dalam pentadbiran. Di samping itu wujud juga Majlis Menteri. Beberapa jabatan diwujudkan yang diketua seorang penagawas. Di samping itu terdapat kelas-kelas pegawai penting yang akan membantu raja semasa berlaku hal-hal kecemasan. Kelas pegawai ini dikenali sebagai Mantri atau Mantri Parishad. 

Terdapat juga badan-badan (Mikaya) yang tediri daripada pegawai-pegawai yang terlatih yang mengendalikan hal ehwal pentadbiran biasa. Kelas pegawai tersebut ialah Pegawai Daerah (Agronomi), pesuruhjaya bandaran (Astynomi) dan badan-badan yang mengendalikan hal ehwal ketenteraan. Pegawai daerah bertanggungjawab dalam memungut cukai, mengukur tanah, mengawasi kerja-kerja pengairan, mengawal paras-paras air, krja-kerja pendaftaran kelahiran dan kematian, mengawasi pengeluaran barang-barang perdagangan, penipuan dalam perdagangan, urusan denda dan hal ehwal orang asing. 


Oleh kerana tanah jajahan Dinasti Mauryam sangat luas, maka Chandragupta Maurya telah melantik pegawai-pegawai untuk mentadbir wilayah. Beliau telah membahagikan empayar Maurya kepada 4 buah wilayah penting iaitu Barat Laut, Barat Kalinga dan Selatan. Setiap wilayah diletak seoran wizurai yang biasanya terdiri daripada putera-putera raja. Wilayah itu dipecahkan pula kepada beberapa kawasan tertentu. Pada peringkat ini ia ditadbir oleh gabenor (Mahatmatra). Kawasan itu dipecahkan pula kepada beberapa daerah yang lebih kecil. Daerah itu dipecahkan lagi kepada beberapa kampung. Ketua kampung ialah penghulu (gramini) yang dibantu oleh dua orang pegawai iaitu ‘accountant’ dan ‘tax collector’. Pegawai di peringkat atas dipanggil stanika yang mengawasi sepertiga daerahnya. Samadharti merupakan pengawas kepada stanika. Di samping itu ditubuhkan juga pasukan khidmat rahsia yang menjadi agen-agen kepada raja. Ahli-ahlinya terdiri daripada askar-askar pelopor rahsia dan juga para hakim yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk memastikan rakyat setia kepada raja tanap pemberontakan. Kejatuhan Dinasti Maurya tahun 185SM diganti oleh Dinasti-dinasti Sungas,Kanva dan Andra yang menyaksikan kekacauan politik dan keruntuhan perpaduan rakyat selama 5 abad. 


Selepas itu barulah muncul Dinasti Gupta. Dinasti Gupta diasaskan oleh Chandragupta pada tahun 320SM dengan ibu kota Pataliputra. Empayar ini terletak di tebing sungai Ganges. Empayar ini telah menyatukan semula bahagian utara India. Samudragupta , pengganti chandragupta telah meluaskan empayar Gupta ke Barat hingga ke Sungai Indus dan ke selatan hingga ke Deccan.

EKONOMI TAMADUN INDIA


Assalamualaikum w.b.t. post pada hari ini kami akan berkongsi dengan rakan-rakan semua tentang kegiatan ekonomi yang telah dilakukan dalam tamadun india. Kami menyelidik aspek ini menggunakan pelbagai sumber. Salah satunya adalah melalui sesi temu ramah yang telah dilakukan pada tempoh hari dan juga telah dibincangkan dalam post sebelum ini. Selain itu, sumber rujukan kami adalah melalui laman sesawang.
Sistem ekonomi tamadun india terbahagi kepada dua . Yang pertama adalah system ekonomi sara diri. Menjelang zaman Vedik, orang Aryan memainkan peranan penting dalam perkembangan kegiatan pertanian dan penternakan. Mereka mempunyai pengetahuan yang luas tentang musim. Mereka juga tahu cara untuk membajak, menyemai, menuai menerusi Rig Veda. Di samping bercucuk tanam, mereka juga terlibat dalam penternakan binatang. Mereka menternak lembu, kambing, biri-biri dan kuda (untuk mengangkut bijirin). Menjelang akhir zaman Vedik (1000-600 SM), pertanian dan penternakan menjadi sumber makanan yang penting. Antara tanaman yang ditanam ialah barli, gandum, padi dan tebu. Barli dan gandum merupakan makanan utama manakala padi adalah makanan sekunder.



Sistem ekonomi yang kedua pula ialah dari segi sistem ekonomi komersial. Pada zaman Pra-Maurya (600-322 SM), perkembangan yang signifikan dalam bidang ekonomi telah berlaku. Padi, tebu dan kapas telah ditanam secara meluas. Walaupun peralatan yang digunakan adalah primitif, namun petani-petani berjaya mengeluarkan hasil pertanian yang berlebihan. Hasil pertanian yang lebih disimpan dan digunakan untuk memenuhi keperluan penduduk bandar yang melibatkan diri dalam perdagangan dan perniagaan. Selain itu, hasil yang berlebihan juga dijual kepada orang lain atau ditukar dengan orang lain untuk memperolehi barang keperluan yang lain.








 Aktiviti pertani





Penternakan


           
Selain itu, aktiviti perdagangan juga telah peningkatkan lagi tahap ekonomi tamadun india. Perusahaan utamanya ialah menenum kain kapas, pertukangan gangsa, tembaga, emas, perak dan tembikar (tanah liat). Di peringkat antara bangsa, India telah membuat hubungan perdagangan dengan Mesopotamia, Parsi, Saurashtra, Rajasthan, Afghanistan, Tibet,dan Asia Tengah. India telah mengimport kulit siput (dari Saurashtra dan Deccan), gangsa (dari Parsi), perak , firus, dan lapis lazuli (dari Parsi dan Afghanistan) dan batu jed (dari Tibet dan Asia Tengah). Kain tenun merupakan eksport utama tamadun ini di samping alat-alatan daripada gangsa, emas, tembaga, perak dantanah liat. Pada zaman Maurya, perdagangan peringkat antara bangwsa bertambah aktif. Perdagangan melibatkan negara-negara Greek, Ceylon, Timur Tengah, China dan Asia Tenggara. Perdagangan dengan Asia Barat ialah melalui laut. Perlombongan turut diusahakan seperti emas, perak dan tembaga. Di laut mereka mengusahakan kutipan mutiara, berlian dan garam. Orang India Selatan merupakan peniaga yang giat menjalankan perniagaan dengan dunia luar.




Emas

Ini sahaja yang kami selidik setakat ini . setelah membuat kajian mengenai sumber ekonomi tamadun melayu ini, kami mendapati bahawa hasil temu ramah kami memberi matlamat yang tepat tentang apa yang kami sedang usahakan. Jika rakan-rakan ingin membaca dengan lebih lanjut, bolehlah layari email ini :
1~http://tamadunislamdanasia.blogspot.com/2012/03/peningkatan-ekonomi-tamadun-india.html#sthash.FDewi3fA.dpuf
2~ http://www.reocities.com/Athens/marathon/9042/ekonindia.htm
Kesimpulan yang kami boleh ungkapkan disini adalah melalui kajian mengenai sumber ekonomi ini, kami baru cakna dengan keadaan agama lain selain islam. Mereka juga hidup sama seperti apa yang kita amalkan. Mereka menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan untuk mencari sumber harian. Mereka menjalankan aktiviti berucuk tanam, meuai padi, memelihara lembu dan sebagainya. Kini kami juga baru tahu bahawa masyarakat tamadun india juga menjalankan aktiviti untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara mereka dengan menjalankan aktiviti perdagangan. Melalui aktiviti ini juga, mereka jugak dapat mengenali sesiapa sahaja dan disini kita boleh lihat nilai salig bertegur sapa antara masyarakat. Akhir kata dari kami untuk topic yang dibincangkan pada hari ini adalah m]belajar tentang tamadun lain dapat menerapkan lagi nilai moral dalam diri kita. Itu sahaja dari kami. Kami akhiri dengan yang baik itu dating daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu dating kesilapan kami sendiri. Assalamualaikum w.b.t dan jangan lupa singgah blog kami lagi dari semasa ke semasa dengan pelbagai lagi topic yang menarik.






HASIL TEMU RAMAH BERSAMA PUAN NALENI

Assalamualaikum . Ini adalah antara perbualan kami dengan aunty Naleni. Kami mulakan temuramah kami dengan soalan pertama yang berkaitan dengan ekonomi iaitu  :




Kami : Apakah perkerjaan utama masyarakat india pada zaman itu?
Aunty: Mereka kebanyakkannya lebih kepada bidang pertanian dan perternakan.
Kami: Apakah contoh barang dagangan?
Aunty: Senjata, gading gajah,emas, berlian,mutiara
Kami : Tujuan pelbagai jenis cukai terhadap hasil perdagangan sejak zaman DInasti Maurya.
Aunty : Untuk menyara anggota tentera, para pentadbiran dan raja.




Kami : Tujuan penubuhan persatuan terhadap hasil perdagangan sejak zaman Dinasti Maurya
Aunty: Untuk mengawal harga, kualiti barangan dan gaji
Kami : Senaraikan jenis-jenis cukai yang dikenakan
Aunty : cukai tanah, cukai rumah, kedai, air dan jalan.
Kami : Peranan wanita pada zaman itu
Aunty : pencelup. Penganyam dan lain-lain.








Soalan kedua pula kami beralih kepada sektor politik pula.

Kami: Bagaimanakah pula system pentadbiran pada tamadun india?
Aunty: India pada zaman itu mengamalkan sistem teokrasi , yang mana setiap Negara kota mesti
Diketuai oleh seorang pendeta yang berkuasa mutlak.
Kami: Apakah pula fungsi raja pada tamadun india?
Aunty: Raja berkuasa mutlak.Kedudukan mereka diperkukuhkan dengan banyak bentuk upacara ritual berasaskan kepercayaan, yang mana raja adalah suci dan mesti dihormati.



Kami: Apakah peranan sabha?
Aunty: Sabha ialah antara majlis suku yang akan mengawasi kekuasaan dan peranan seorang raja


Kami: Apakah hukuman yang dikenakan jika melanggar kasta?
Aunty: Dilarang bergaul dengan masyarakat

Kami: Senaraikan dua buah badan di tamadun India
Aunty : sabha dan samiti , dua buah badan ini penting untuk melawan musuh.



Kami: Apakah yang dimaksudkan dengan Nagaraka?
Aunty: Penguasa Bandar yang akan mengutip cukai dan menjada keselamatan Bandar.

Kami : Apakah yang dimaksudkan berkerajaan berkonsepkan “kosmologis”?
Aunty : Contohnya meletakkan raja di tempat atas. Raja dianggap sebagai penjelmaan Dewa
Vishnu dan Siva. Pemerintahan raja berpandukan kitab-kitab perundangan dalam
pemerintahan. Kitab-kitab ini mengambil beberapa aspek dari system perundangan Hindu
seperti kitab Dharmasutra (Hukum Kanun Manu)

Kami:  Jelaskan cirri-ciri pemerintahan beraja dalam tamadun india
Aunty : Raja berkuasa mutlak yang disnggap suci dan perlu dihormati. Brahmin menjadi
penasihat raja. Golongan Ksatriya pemerintah tertinggi serta merupakan
golongan dominan.

Kami: Nyatakan bentuk pentadbiran peringkat awal tamadun india.
Aunty : Mempunyai dua bentuk kerajaan, kerajaan kecil dan kerajaan besar. Kerajaan kecil
bersifat kepuakan dan tidak beraja. Kerajaan besar , kerajaan Kashi dan Kasola
Kami : Adakah raja seorang yang autotratik?
Aunty : Tidak sebab menghormati beberapa prinsip demokrasi



Sepanjang temuramah kami bersama aunty Naleni , banyak soalan-soalan yang telah kami tanyakan kepada aunty. Soalan-soalan kami semuanya berkaitan dengan politik dan ekonomi tamadun india. Alhamdullilah aunty Naleni telah memberi kerjasama yang baik kepada kami. Aunty Naleni seorang yang sangat ‘sporting’ .


Disini kami ada nyata beberapa soalan dan video hasil temu ramah yang wajib diketahui oleh umum berkaitan dengan politik dan ekonomi Tamadun India.



Soalan 1 : Apakah pekerjaan utama masyarakat India pada masa itu?

Masyarakat Tamadun India mempunyai pengkhususan pekerjaan yang jelas terutamanya dalam bidang pertanian. Masyarakat ini telah manjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perdagangan, petanian,dan penternakan.Contoh hasil perdagangan termasuklah emas, gading gajah, manik, dan hasil pertanian.Petani pula menjalankan aktiviti bercucuk tanam terutamanya bagi tanaman makanan seperti barli, kacang,padi dan sebagainya.Terdapat juga beberapa golongan yang terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam dan barangan tembikar.




Berdasarkan video di atas, secara kesimpulannya, masyarakat India pada masa itu lebih tertumpu pada bidang pekerjaan seperti pertanian.Hal ini kerana kebanyakkan masyarakat pada masa itu mempunyai sawah padi sendiri.Hasil daripada pertanian seperti padi dan tanaman yang lain akan digunakan untuk menyara kehidupan mereka.



Soalan 2 :  Apakah hukuman yang akan dikenakan kepada golongan yang melanggar kasta?

Hukuman yang akan dikenakan kepada sesiapa yang melanggar undang-undang kasta akan disingkirkan daripada kastanya.Dalam hal perkahwinan, hanya perkahwinan dalam kalangan kasta yang sama direstui.Manakala perkahwinan antara perempuan daripada kasta yang tinggi dengan lelaki berkasta rendah dilarang.





Kesimpulannya, golongan kasta terbahagi kepada dua iaitu kasta tinggi dan kasta rendah.Kasta tinggi terdiri daripada golongan Brahmin manakala kasta rendah adalah golongan bawahan seperti penggunting rambut.



Soalan 3 : Apakah peranan dan kedudukan wanita pada zaman itu?

Golongan wanita pada ketika itu dihadkan dalam lingkungan urusan rumah tangga dan tidak dibenarkan untuk menceburkan diri dalam pendidikan.Wanita pada ketika itu juga tidak lagi dibenarkan untuk membaca kitab-kitab suci ataupun menjalankan upacara- upacara keagamaan.




Berdasarkan video yang kami lampirkan di atas, Puan Naleni berpendapat bahawa golongan wanita pada zaman itu dipandang rendah dan tidak dibenarkan untuk menyambung pelajaran dan mereka hanya dibenarkan untuk menguruskan hal-hal berkaitan dengan rumah tangga.






- See more at: http://www.komputerseo.com/2010/12/cara-memasang-gambar-animasi-lucu-di.html#sthash.rhLFwSpD.dpuf