Assalamualaikum w.b.t. post pada hari ini kami
akan berkongsi dengan rakan-rakan semua tentang kegiatan ekonomi yang telah
dilakukan dalam tamadun india. Kami menyelidik aspek ini menggunakan pelbagai
sumber. Salah satunya adalah melalui sesi temu ramah yang telah dilakukan pada
tempoh hari dan juga telah dibincangkan dalam post sebelum ini. Selain itu,
sumber rujukan kami adalah melalui laman sesawang.
Sistem ekonomi
tamadun india terbahagi kepada dua . Yang pertama adalah system ekonomi sara
diri. Menjelang zaman Vedik, orang Aryan memainkan
peranan penting dalam perkembangan kegiatan pertanian dan penternakan. Mereka
mempunyai pengetahuan yang luas tentang musim. Mereka juga tahu cara untuk
membajak, menyemai, menuai menerusi Rig Veda. Di samping bercucuk tanam, mereka
juga terlibat dalam penternakan binatang. Mereka menternak lembu, kambing,
biri-biri dan kuda (untuk mengangkut bijirin). Menjelang akhir zaman Vedik
(1000-600 SM), pertanian dan penternakan menjadi sumber makanan yang penting.
Antara tanaman yang ditanam ialah barli, gandum, padi dan tebu. Barli dan
gandum merupakan makanan utama manakala padi adalah makanan sekunder.
Sistem ekonomi yang kedua pula ialah dari segi
sistem ekonomi komersial. Pada zaman Pra-Maurya (600-322 SM), perkembangan yang
signifikan dalam bidang ekonomi telah berlaku. Padi, tebu dan kapas telah
ditanam secara meluas. Walaupun peralatan yang digunakan adalah primitif, namun
petani-petani berjaya mengeluarkan hasil pertanian yang berlebihan. Hasil
pertanian yang lebih disimpan dan digunakan untuk memenuhi keperluan penduduk
bandar yang melibatkan diri dalam perdagangan dan perniagaan. Selain itu, hasil
yang berlebihan juga dijual kepada orang lain atau ditukar dengan orang lain
untuk memperolehi barang keperluan yang lain.
Aktiviti
pertani
Penternakan
Selain
itu, aktiviti perdagangan juga telah peningkatkan lagi tahap ekonomi tamadun
india. Perusahaan utamanya ialah menenum kain kapas, pertukangan gangsa,
tembaga, emas, perak dan tembikar (tanah liat). Di peringkat antara bangsa,
India telah membuat hubungan perdagangan dengan Mesopotamia, Parsi, Saurashtra,
Rajasthan, Afghanistan, Tibet,dan Asia Tengah. India telah mengimport kulit
siput (dari Saurashtra dan Deccan), gangsa (dari Parsi), perak , firus, dan
lapis lazuli (dari Parsi dan Afghanistan) dan batu jed (dari Tibet dan Asia
Tengah). Kain tenun merupakan eksport utama tamadun ini di samping alat-alatan
daripada gangsa, emas, tembaga, perak dantanah liat. Pada zaman Maurya, perdagangan
peringkat antara bangwsa bertambah aktif. Perdagangan melibatkan negara-negara
Greek, Ceylon, Timur Tengah, China dan Asia Tenggara. Perdagangan dengan Asia
Barat ialah melalui laut. Perlombongan turut diusahakan seperti emas, perak dan
tembaga. Di laut mereka mengusahakan kutipan mutiara, berlian dan garam. Orang
India Selatan merupakan peniaga yang giat menjalankan perniagaan dengan dunia
luar.
Emas
Ini
sahaja yang kami selidik setakat ini . setelah membuat kajian mengenai sumber
ekonomi tamadun melayu ini, kami mendapati bahawa hasil temu ramah kami memberi
matlamat yang tepat tentang apa yang kami sedang usahakan. Jika rakan-rakan
ingin membaca dengan lebih lanjut, bolehlah layari email ini :
1~http://tamadunislamdanasia.blogspot.com/2012/03/peningkatan-ekonomi-tamadun-india.html#sthash.FDewi3fA.dpuf
2~ http://www.reocities.com/Athens/marathon/9042/ekonindia.htm
Kesimpulan yang kami boleh ungkapkan disini adalah
melalui kajian mengenai sumber ekonomi ini, kami baru cakna dengan keadaan agama
lain selain islam. Mereka juga hidup sama seperti apa yang kita amalkan. Mereka
menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan untuk mencari sumber harian.
Mereka menjalankan aktiviti berucuk tanam, meuai padi, memelihara lembu dan
sebagainya. Kini kami juga baru tahu bahawa masyarakat tamadun india juga
menjalankan aktiviti untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara mereka dengan
menjalankan aktiviti perdagangan. Melalui aktiviti ini juga, mereka jugak dapat
mengenali sesiapa sahaja dan disini kita boleh lihat nilai salig bertegur sapa
antara masyarakat. Akhir kata dari kami untuk topic yang dibincangkan pada hari
ini adalah m]belajar tentang tamadun lain dapat menerapkan lagi nilai moral
dalam diri kita. Itu sahaja dari kami. Kami akhiri dengan yang baik itu dating
daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu dating kesilapan kami sendiri.
Assalamualaikum w.b.t dan jangan lupa singgah blog kami lagi dari semasa ke
semasa dengan pelbagai lagi topic yang menarik.