Assalamualaikum w.b.t.
Hari ini kami akan
berkongsi dengan rakan-rakan semua tentang kegiatan politik dalam tamadun
india. Apa yang berbeza nya hari ini kami membincangkan isu ini dari sumber
laman sesawang kerana tempoh hari kami berkongsi berdasarkan temu ramah.
India
pada zaman tamadun awal mengamalkan sistem teokrasi. Setiap Negara kota
diketuai oleh pendeta yang berkuasa mutlak. Tugas pemerintah ialah mengawal
pembinaan, menetapkan piawai timbangan dan ukuran, mengawal system tulisan,
bentuk bangunan dan pola jalan-jalan raya.
India
memasuki zaman empayar ketika diperintah oleh Dinasti Maurya. Dinasti Maurya
dan Gupta merupakan dua buah
pemerintahan yang terkenal dalam sejarah India purba. Dinasti Maurya ( 324SM-
185SM ) merupakan dinasti yang unik dan enpayar yang pertama di India. Dinasti
ini di asaskan oleh Chandragupta Maurya pada tahun 322SM. Pusat pemerintahannya
bertempat di Pataliputra. Dalam sejarah kerajaan Maurya terdapat 8 orang raja
yang memerintah empayar itu. Ia bermula dengan Chandragupta Maurya ( 322- 289SM)
dan berakhir dengan Brihadratha ( 191- 184SM). Walau bagaimanapun, raja yang
paling masyur ialah Chandragupta Maurya dan Asoka.
Dinasti Maurya memberi sumbangan besar kepada India
dalam menyatukan kawasan-kawasan yang berpecah-belah. Chandragupta Maurya telah
menyatukan India Utara dan India Selatan melalui penaklukan. Antara kawasan
yang berjaya ditaklukinya ialah Afghanistan, Pakistan dan kawasan Indus.
Pengganti Chandragupta Maurya iaitu Binduasara telah Berjaya memasukkan Deccan
ke dalam empayar Maurya. Asoka pula telah Berjaya menyatukan Kalinga di dalam
empayar Mauryya. Ini merupakan proses pemusatan kuasa yang paling Berjaya dalam
sejarah tamadun india. Empayar india dibahagikan kepada beberapa wilayah yang
dipimpim oleh wizurai. Asoka menjalankan reformasi dalam pentadbiran melalui
‘Dharma-Mahamatra’.
Chandragupta
Maurya
EMPAYAR
MAURYA
Terdapat juga badan-badan (Mikaya) yang tediri daripada pegawai-pegawai yang terlatih yang mengendalikan hal ehwal pentadbiran biasa. Kelas pegawai tersebut ialah Pegawai Daerah (Agronomi), pesuruhjaya bandaran (Astynomi) dan badan-badan yang mengendalikan hal ehwal ketenteraan. Pegawai daerah bertanggungjawab dalam memungut cukai, mengukur tanah, mengawasi kerja-kerja pengairan, mengawal paras-paras air, krja-kerja pendaftaran kelahiran dan kematian, mengawasi pengeluaran barang-barang perdagangan, penipuan dalam perdagangan, urusan denda dan hal ehwal orang asing.
Oleh kerana tanah jajahan Dinasti Mauryam sangat luas, maka Chandragupta Maurya telah melantik pegawai-pegawai untuk mentadbir wilayah. Beliau telah membahagikan empayar Maurya kepada 4 buah wilayah penting iaitu Barat Laut, Barat Kalinga dan Selatan. Setiap wilayah diletak seoran wizurai yang biasanya terdiri daripada putera-putera raja. Wilayah itu dipecahkan pula kepada beberapa kawasan tertentu. Pada peringkat ini ia ditadbir oleh gabenor (Mahatmatra). Kawasan itu dipecahkan pula kepada beberapa daerah yang lebih kecil. Daerah itu dipecahkan lagi kepada beberapa kampung. Ketua kampung ialah penghulu (gramini) yang dibantu oleh dua orang pegawai iaitu ‘accountant’ dan ‘tax collector’. Pegawai di peringkat atas dipanggil stanika yang mengawasi sepertiga daerahnya. Samadharti merupakan pengawas kepada stanika. Di samping itu ditubuhkan juga pasukan khidmat rahsia yang menjadi agen-agen kepada raja. Ahli-ahlinya terdiri daripada askar-askar pelopor rahsia dan juga para hakim yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk memastikan rakyat setia kepada raja tanap pemberontakan. Kejatuhan Dinasti Maurya tahun 185SM diganti oleh Dinasti-dinasti Sungas,Kanva dan Andra yang menyaksikan kekacauan politik dan keruntuhan perpaduan rakyat selama 5 abad.
Selepas itu barulah muncul Dinasti Gupta. Dinasti Gupta diasaskan oleh Chandragupta pada tahun 320SM dengan ibu kota Pataliputra. Empayar ini terletak di tebing sungai Ganges. Empayar ini telah menyatukan semula bahagian utara India. Samudragupta , pengganti chandragupta telah meluaskan empayar Gupta ke Barat hingga ke Sungai Indus dan ke selatan hingga ke Deccan.
HAI. Assalamualaikumm. Minta izin copy boleh.
ReplyDelete