Assalamualaikum
w.b.t.
PENGARUH ISLAM
syukur kehadrat ilahi kerana dengan izinNya dapat kita berjumpa lagi di
warkah kali ini. Disini kami ingin berkongsi tentang pengaruh barat dan
pengaruh islam terhadap tamadun India. Kehidupan pada zaman tamadun India
berubah selepas kehadiran Islam kerana banyak memperbetulkan cara hidup mereka.
Pengaruh barat juga meninggalkan kesan positif kepada tamadun India.
PENGARUH ISLAM
Pada abad ke-7 Islam tiba di perairan Malabar,India. Islam
tiba di utara India pada abad ke-12, Islam menjadi sebahagian daripada warisan
keagamaan dan kebudayaan negara itu. Masyarakat luar yang masuk ke India
selalunya dipengaruhi oleh budaya dan cara hidup masyarakat tempatan tetapi
Islam membawa budaya dan agama dengan ciri-ciri tersendiri. Orang Islam
berpegang teguh pada falsafah dan cara hidup mereka dan agama Hindu tidak
berjaya menyerap Tamadun Islam secara keseluruhan walaupun berlaku pertembungan
budaya. Banyak halangan bagi pergaulan bebas antara orang Turki Islam dengan
orang Hindu disebabkan adat dan kepercayaan berbeza dan juga perkahwinan campur
sehala. Penerimaan ciri-ciri Islam oleh masyarakat Hindu menjadi dorongan untuk
mereka menentang beberapa amalan dalam masyarakat Hindu dan juga faktor
kemiskinan. Manakala, tekanan sistem kasta juga membawa kepada pemelukan Islam
secara meluas.Kasta-kasta tukang dan kasta-kasta bawahan tidak berpegang teguh
pada Dharma Hindu serta benci akan penindasan, penghinaan dan kekejaman telah
memeluk agama Islam. Dalam proses penukaran agama ini , seluruh keluarga, kasta
ataupun sesuatu kampung secara keseluruhan memeluk agama Islam. Pemelukan agama
Islam oleh kumpulan-kumpulan besar menyebabkan kekalnya beberapa ciri agama dan
kebudayaan Hindu. Di sini kitab suci Al- Quran dan undang-undang Islam
diajar.Islam di India mempunyai pengaruh kuat sufisme yang berasal dari Tanah
Arab dan Parsi.
Pengaruh Islam ke Tamadun India juga boleh dilihat dari segi
penterjemahan. Pemerintah Islam menaungi terjemahan karya-karya Hindu biasanya
untuk motif kesarjanaan. Selain itu , muzik juga juga merupakan pengaruh Islam
ke Tamadun India. Masyarakat Islam menerima nota asas muzik Hindu serta melaraskan pelbagai penyesuaian bagi
membentuk satu tradisi muzik yang baru.
Muzik memainkan peranan penting dalam menyatupadukan masyarakat India.
Seni bina banyak menggabungkan ciri India dengan Parsi (Islam) sebelum zaman
Moghul,termasuklah masjid Quwwat-Al-Islam, Qutb Minar dan masjid di Ajmer. Syah
Jehan telah membina sebuah masjid Jamik berdekatan dengan kubu Delhi yang
menampakkan pengaruh Parsi. Bangunan-bangunan perkuburan Akbar di Sikandar,
Agra dan zaman Akbar terkenal dengan pembinaan kuil-kuil Hindu yang meminjam
ciri-ciri seni bina Parsi. Pelan serta gaya bangunan Taj Mahal lebih kepada
gaya seni bina Parsi.
PENGARUH BARAT
Portugal merupakan kuasa eropah pertama
yang datang ke India kerana kedudukan geografi, politik, agamanya serta
pedagang dan pelapor seperti Henry the Navogator. Tujuan utama mereka datang ke
Afrika dan asia adalah untuk memperoleh rempah ratus dan menyebarkan agama
kristian. Pada tahun 1998, Vasco dan Gama sampai ke Calcuta untuk berdagang dan
menggunakan bahasa Portugis. Di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque, Portugis
Berjaya menguasai Goa ( 1510 )dan menubuhkan sebuah empayar perdagangan di
India serta di luar India untuk menyebarkan agama kristian. Portugis mengenakan
tekanan kekuasaan ke atas rakyat India di tempat-tempat yabg ditaklukinya
supaya memeluk agama kristan manakala agama Hindu dan Islam menentang Portugis.
Belanda menubuhkan syarikat Hindia-Timur Belanda pada tahun 1602 untuk
menguasai perdagangan rempah dan akhinya
menguasai Inggeris.
British kemudian beralih ke India. Belanda
yang cuba mencari jalan perdagangan baharu menguasai pengeluaran rempah dan
mengadakan monopoli dengan menguasai Sri Lanka, Pulicat, Masulipatam dan surat.
Oleh sebab birokrasi dan kewangan yang lemah, Perancis mula menunjukkan minat
untuk menubuhkan empayar pada pertengahan abad ke18 dan bersaing dengan Britsh.
Selepas kemerdekaan India, Perancis secara sukarela menyerahkan kawasan
pentadbiran kuasa mereka kepada India pada tahun 1954.
No comments:
Post a Comment