JAUH PERJALANAN , LUAS PANDANGAN

Sabtu, 1/11/2014,

Assalamualaikum w.b.t . hari ini kami akan menceritakan pengalaman kami sepanjang aktiviti temu ramah kami pada hari ini. Bagi menjimatkan masa dan kos perjalanan, kami endapatkan kata sepakat dengan ahli kumpulan Shahirah untuk bersama-sama melaksanakan projek ini.




Kami merancang untuk memulakan perjalanan pada pukul 11 pagi tetapi malang tak berbau kerana kereta yang hendak dinaiki menghadapi masalah. Keadaan ini menyebabkan perjalanan kami untuk bertolak pada pukul 11 terpaksa ditangguhkan. Oleh itu, kami terpaksa memulakan perjalanan kami pada pukul 12 tengah hari.




Selain mememuramah Puan Naleni a/p N.Ramasamy, kami juga mengambil kesempatan untuk mengurangkan stres dengan berjalan-jalan di sekitar Subang Jaya, sambil mengerjakan solat zohor di surau berdekatan serta menjamu selera di restoran Nyonya Penang. Selepas menikmati hidangan, kami membeli buah epal hijau dan oren sebagai buah tangan untuk Puan Naleni.








Tepat pada pukul 4 petang, kami meeruskan perjalanan kami ke rumah Puan Naleni yang beralamat di No39, Jalan Mahir 2, 25/44B, Taman Sri Muda, 40400 Shah Alam, Selangor. Selagi lagi, kami mengalami kesulitan ketika mencari rumah Puan Naleni di Shah Alam.









Sampai sahaja disana, kami memulakan temuramah kami dengan mendapatkan beberapa butiran peribadi Puan Naleni dan kami juga turut menerangkan seba sedikit mengenai projek ini kepada Puan Naleni. Setelah itu, kami terus mengajukan beberapa soalan mengenai tamadun India bagi aspek politik dan ekonomi.


No comments:

Post a Comment

- See more at: http://www.komputerseo.com/2010/12/cara-memasang-gambar-animasi-lucu-di.html#sthash.rhLFwSpD.dpuf