PERJUMPAAN KETUA KUMPULAN BERSAMA USTAZAH

Assalamualaikum w.b.t . hari ini 14 oktober 2014 bersamaan hari selasa , satu perjumpaan ketua kumpulan bersama ustazah telah diadakan selepas tamat sesi pembelajaran . Ustazah memulakan sesi perbincangan dengan ulmu kitab alfatihah dan zikir kepada para rasul. Tanpa membuang masa, ustazah bertanya kepada setiap ketua kumpulan tentang perkembangan projek yang telah dilakukan. Setakat ini kumpulan saya telah menyediakan blog dan padlet. Setelah ustazah menerima semua info dari setiap ketua kumpulan, ustuzah meneruskan dengan memberi tugas atau maklumat seterusnya yang harus dilakukan. Antaranya ialah :

1) Membuat plan kerja : - dalam bentuk jadual
                                        - temu ramah siapa ?
                                        - perancangan
                                        - hantar hari jumaat
2) Bentang pada minggu ke-11
3) Padlet - hasil kerja akhir
4) Hari akhir ustazah menilai - minggu ke-13
5) Ceritakan nilai yang yang boleh kita dapat daripada projek yang dikaji

Itu sahaja tugas atau maklumat yang ustazah kongsi atau terangkan. Sebelum ustazah akhiri perjumpan , ustazah memberitahu bahawa pada minggu hadapan akan diadakan test bab 1 . Test akan dilakukan secara online selama 3 hari dan mengandungi 10 soalan objektif dan 1 soalan esei. Selepas itu, ustazah menutup perbincangan dengan tasbih kifarah dan surah Al-Ashr. 

Setakat itu sahaja nukilan saya pada kali ini . sekian, terima kasih dan semoga berjumpa lagi di nukilan seterusnya . Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah s.w.t , dan yang lemah itu datang daripada diri saya sendiri. Wallah'uallam .


No comments:

Post a Comment

- See more at: http://www.komputerseo.com/2010/12/cara-memasang-gambar-animasi-lucu-di.html#sthash.rhLFwSpD.dpuf