JAUH PERJALANAN , LUAS PANDANGAN

Sabtu, 1/11/2014,

Assalamualaikum w.b.t . hari ini kami akan menceritakan pengalaman kami sepanjang aktiviti temu ramah kami pada hari ini. Bagi menjimatkan masa dan kos perjalanan, kami endapatkan kata sepakat dengan ahli kumpulan Shahirah untuk bersama-sama melaksanakan projek ini.




Kami merancang untuk memulakan perjalanan pada pukul 11 pagi tetapi malang tak berbau kerana kereta yang hendak dinaiki menghadapi masalah. Keadaan ini menyebabkan perjalanan kami untuk bertolak pada pukul 11 terpaksa ditangguhkan. Oleh itu, kami terpaksa memulakan perjalanan kami pada pukul 12 tengah hari.




Selain mememuramah Puan Naleni a/p N.Ramasamy, kami juga mengambil kesempatan untuk mengurangkan stres dengan berjalan-jalan di sekitar Subang Jaya, sambil mengerjakan solat zohor di surau berdekatan serta menjamu selera di restoran Nyonya Penang. Selepas menikmati hidangan, kami membeli buah epal hijau dan oren sebagai buah tangan untuk Puan Naleni.








Tepat pada pukul 4 petang, kami meeruskan perjalanan kami ke rumah Puan Naleni yang beralamat di No39, Jalan Mahir 2, 25/44B, Taman Sri Muda, 40400 Shah Alam, Selangor. Selagi lagi, kami mengalami kesulitan ketika mencari rumah Puan Naleni di Shah Alam.









Sampai sahaja disana, kami memulakan temuramah kami dengan mendapatkan beberapa butiran peribadi Puan Naleni dan kami juga turut menerangkan seba sedikit mengenai projek ini kepada Puan Naleni. Setelah itu, kami terus mengajukan beberapa soalan mengenai tamadun India bagi aspek politik dan ekonomi.


PENETAPAN TARIKH

20/10/2014,

Assalamualaikum dan salam sejahtera. hari ini kami telah membuat kata sepakat untuk menetapkan tarikh menjalankan projek. Kerja kami menjadi lebih mudah kerana salah seorang daripada ahli kumpulan kami iaitu, Farhana mempunyai kawan yang berbangsa India di Shah Alam. Jadi kami mengambil kesempatan untuk menemuramah keluarganya. Kami menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk menemuramah Puan Naleni. Selepas bincang , kami semua bersetuju untuk membuat temuramah pada 1 october 2014 bersamaan hari sabtu.


PERJUMPAAN KETUA KUMPULAN BERSAMA USTAZAH

Assalamualaikum w.b.t . hari ini 14 oktober 2014 bersamaan hari selasa , satu perjumpaan ketua kumpulan bersama ustazah telah diadakan selepas tamat sesi pembelajaran . Ustazah memulakan sesi perbincangan dengan ulmu kitab alfatihah dan zikir kepada para rasul. Tanpa membuang masa, ustazah bertanya kepada setiap ketua kumpulan tentang perkembangan projek yang telah dilakukan. Setakat ini kumpulan saya telah menyediakan blog dan padlet. Setelah ustazah menerima semua info dari setiap ketua kumpulan, ustuzah meneruskan dengan memberi tugas atau maklumat seterusnya yang harus dilakukan. Antaranya ialah :

1) Membuat plan kerja : - dalam bentuk jadual
                                        - temu ramah siapa ?
                                        - perancangan
                                        - hantar hari jumaat
2) Bentang pada minggu ke-11
3) Padlet - hasil kerja akhir
4) Hari akhir ustazah menilai - minggu ke-13
5) Ceritakan nilai yang yang boleh kita dapat daripada projek yang dikaji

Itu sahaja tugas atau maklumat yang ustazah kongsi atau terangkan. Sebelum ustazah akhiri perjumpan , ustazah memberitahu bahawa pada minggu hadapan akan diadakan test bab 1 . Test akan dilakukan secara online selama 3 hari dan mengandungi 10 soalan objektif dan 1 soalan esei. Selepas itu, ustazah menutup perbincangan dengan tasbih kifarah dan surah Al-Ashr. 

Setakat itu sahaja nukilan saya pada kali ini . sekian, terima kasih dan semoga berjumpa lagi di nukilan seterusnya . Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah s.w.t , dan yang lemah itu datang daripada diri saya sendiri. Wallah'uallam .


- See more at: http://www.komputerseo.com/2010/12/cara-memasang-gambar-animasi-lucu-di.html#sthash.rhLFwSpD.dpuf